top of page

CHECK US OUT IN THE MEDIA

People Are Talking About Us

News: Latest News

23 Disember 2021

Oleh  Borhan Abu Samah

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil gembira melihat usahawan wanita tidak jemu memperbaiki diri dengan menuntut ilmu keusahawanan sehingga berjaya, malah banyak yang turut berjaya membantu wanita lain menjana pendapatan bersama. Semangat dan dorongan keluarga, terutamanya suami dan anak-anak juga menjadikan wanita terus ‘kuat’ dalam perniagaan, selain rakan-rakan yang turut memberikan motivasi dan suntikan semangat untuk sama-sama melangkah maju ke hadapan.

Menurut baginda, ‘Dalam mengharungi cabaran Covid-19, usahawan wanita juga tidak mudah berputus asa meneruskan kehidupan. Ada di antara wanita yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan ada juga yang menggunakan media sosial sebagai medium pengganti ‘gerai’ dan ‘kedai’ mereka. Apa pun pilihannya wanita perlu terus ke hadapan. Wanita juga perlu bergerak seiring masa. Adalah disedari bahawa kebanyakan pelanggan semakin hari semakin memilih menjalankan urusan jual beli secara dalam talian berbanding secara fizikal’.

Demikian titah Tuanku Hajah Lailatul Shahreen ketika berkenan menyempurnakan penutupan “Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – ’Women In Search of Excellence’ – Women In Entrepreneurship” anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama YTF pada petang semalam.

Terang baginda, seiring arus permodenan dan perkembangan teknologi terkini, golongan wanita tidak lagi bersifat inklusif dan semakin berdikari.

Baginda juga berharap supaya penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan ini dapat mengubah stereotaip terhadap golongan wanita sekaligus mengangkat martabat wanita di mata dunia. Semoga usahawan wanita di luar sana terus maju, cekal, berdaya saing serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.


Antara panelis undangan ialah Principal Peta Academy, Marlizaton Omar sebagai penyampai ucaptama bertajuk ‘Pemerkasaan Wanita Melalui Keusahawanan’. Ia disusli dengan slot Webibar Pertama dengan topik ‘Intelek Wanita : Profesionalisme dan Keusahawanan’ oleh Dr. Mashitah Mad Salim (MS Agroz) dan Adibah Abdul Bari (Pengasas Trulooks) disusuli slot Webinar Kedua ‘Peranan dan Cabaran Dalam Perniagaan Dari Perspektif Usahawan Wanita’ yang dikongsikan oleh Mastinah Mohd Sanim (Azam Motor Banting) dan Leny Adam (Asianic Halal).

bottom of page